ABOUT

Dari Hobi kepada Perniagaan

Segalanya bermula dari minat dan hobi akhirnya ia berkembang menjadi hasil pendapatan yang lumayan. Pelbagai cabaran & dugaan ditempuhi akhirnya berjaya merealisasikan impian yang penah dilabelkan idea gila!

Berjinak-jinak dengan hobi arowana pada tahun 2008, menjadi pemangkin semangat untuk menternak sendiri 20 ekor anak arowana dan seterusnya membuat pelaburan di kolam Bukit Merah setelah usia ikan matang.

Potensi perniagaan arowana menjana pendapatan semakin berkembang telah menjadi inspirasi untuk menubuhkan perniagaan ArowanaLui Aquaculture dan ArowanaLui Fish & Pet Shop.

ArowanaLui Aquaculture

Mengorak langkah dengan lebih jauh lagi dengan tertubuhnya syarikat pada 2010 yang berasaskan penternakan, membekalkan dan memasarkan ikan arowana. Membuka peluang kepada pelabur yang berminat dalam arowana di mana syarikat kami menyediakan perkhidmatan menternak ikan sehingga tempoh matang kemudian dibiakan di kolam Bukit Merah.

Pelabur juga mempunyai pilihan sekiranya berminat melabur dengan ikan induk matang dimana terus dibiakan di kolam Bukit Merah.

Selain itu, kami juga mengusahakan kolam ternakan lebih memfokuskan ternakan ikan air tawar untuk memenuhi permintaan tempatan serta meningkatkan lagi modal pendapatan.


ArowanaLui Fish & Pet Shop

ArowanaLui Fish & Pet Shop mengutamakan penjualan dan membekal peralatan dan keperluan ikan hiasan air tawar terutamanya ikan Arowana atau lebih dikenali ikan kelisa.Selain itu, terdapat pelbagai jenis ikan hiasan kami bekalkan.

Terdapat juga pelbagai peralatan untuk ikan hiasan dan haiwan peliharaan disediakan:
  • akuarium
  • sangkar
  • supplement arowana dan ikan hiasan
  • peralatan memancing
  • dll.
Secara rasmi kedai kami dibuka pada 25 Ogos 2013. Mula diasaskan pada awal tahun 2013. Komitmen kami menyediakan perkhidmatan terbaik buat pelanggan dan peminat ikan hiasan setia kami.

Sebarang pertanyaan sama ada dari segi harga, stok barangan dan peralatan, boleh menghubungi kami melalui email:

arowanalui@yahoo.com

Atau terus ke kedai kami seperti alamat berikut:

ArowanaLui Fish & Pet Shop
Batu 12, Sungai Serai
Jalan Hulu Langat
Selangor


View Larger Map